Harga Minyak Dunia US$10 Dalam Tempoh 8 Hingga 10 Tahun Lagi

Posted on

Harga Minyak Dunia US$10 Dalam Tempoh 8 Hingga 10 Tahun Lagi

Katanya harga minyak dunia akan jatuh merosot kepada harga serendah US$10 setong dalam tempoh 8 hingga 10 tahun akan datang apabila dilihat pakar ini bahawa tenaga alternatif terus mendapat perhatian dikalangan pelabur dunia.

harga minyak dunia US10

Berdasarkan laporan berita CNBC, Ketua Eksekutif Longview Economics, Chris Watling mengatakan ada beberapa sebab utama yang menyebabkan harga minyak dunia terus merudum selepas ini.

Punca dan Sebab Harga Minyak Dunia Terus Merosot

Antaranya adalah disebabkan oleh :

  1. Tawaran IPO Saudi Aramco yang dijadualkan pada separuh kedua tahun hadapan adalah dilihat oleh kalangan pemerihati sebagai salah satu tindakan drastik Arab saudi sebelum harga minyak dunia jatuh merosot ke tahap US$ setong
  2. Keduanya, lonjakan penggunaan kenderaan elektrik

Dalam pada masa yang sama, Berita Semasa dimaklumkan jurutera syarikat minyak dan gas bahawa syarikat mereka telah pun membuka 10 lapangan baru. Siapa kata minyak tidak akan menambah pengeluarannya.

Kata beliau lagi, harga minyak dunia tidak akan menginjak ke paras US$120 setong., tetapi untuk jatuh ke paras US$10 setong tidak sama sekali sepertimana yang dijangka oleh Chris Watling

Hakikatnya, untuk di Malaysia sendiri kebergantung negara terhadap pendapatan hasil minyak telah jatuh kepada paras 10.6 peratus pada tahun 2017 dari 41.3 peratus pada tahun 2009.

Melihat sejarah 70 tahun terakhir, harga minyak mentah menunjukkan bahawa ia pernah turun ke bawah US$20 hanya tiga kali dalam sejarah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
Silahkan nonaktifkan adblock anda untuk membaca konten kami.
Refresh